Nur Asiah Jamil Meninggal Dunia

MARI SAMA-SAMA KITA MENGIRIMKAN DOA KEPADA ALLAH SEMOGA ALMARHUMAH MENDAPAT TEMPAT YANG LAYAK DI SISI-NYA. AMIN

Penyanyi nasyid masyhur Indonesia, Hajah Nur Asiah Jamil, yang terkenal dengan lagu-lagu nasyid seperti Panggilan Haji, Selimut Putih dan Al-Quran, meninggal dunia di rumahnya di kota Medan, Sumatera Utara sekitar tanggal 13 Desember 2014.

Berusia 70 tahun, Allahyarhamha mengaku sakit perut sejak dua hingga tiga hari sebelumnya, namun menurut menantunya, Rijaan Sari, Allahyarhamha tidak menunjukkan tanda-tanda sakit yang sangat dan sakit biasa. Beliau mensifatkan Allahyarhamha sebagai mertua yang sangat lembut dan penyayang. Hajah Nur Asiah juga, tambahnya, banyak membantu mengasuh anak-anak muda mendendangkan lagu-lagu nasyid sejak usia mudanya.

Kepergiannya merupakan suatu kehilangan besar bagi anak-anak asuhannya serta para peminat Allahyarhamha yang pernah merekamkan sekitar 500 buah lagu nasyid.
Allahyarhamha dilahirkan di Bandar Kotari, Utara kota Medan dan mendapat pendidikan agama yang kuat sejak kecil. Allahyarhamha meninggalkan empat orang anak - seorang perempuan dan tiga lelaki serta 10 orang cucu.

Berita meninggalnya orang yang kita kagumi bersama ini begitu menyentak, saya dengar dari seorang teman di Medan. Saya kepingin bertemu dengan Allahyarhamha dan hal itu saya ungkapkan kepada teman tersebut, sepontan dia menjawab, yang mulia telah meninggalkan kita semua kira-kira 3 bulan yang lalu. Makanya saya mencoba mencari tau kebenaran penuturan teman tersebut melalui media, ternyata memang demikianlah adanya. 

Sebagai penggemar beliau, mari sama-sama kita mengirimkan do'a, semoga Allah SWT menempatkan sang qariah dan pendakwah ini di Syurga-Nya. Amin Ya Rabbal 'Alamin

ALLAHUMMAGHFIR LAHA WARHAMHA WA'AFIHI WA'FU 'ANHA WAAKRIM NUZULAHA, WAWASSI' MADKHALAHA
Amin Ya Rabbal 'Alamin

Tanggapan:

8 komentar:

  1. Ya Allah, orang yang kami kagumi telah menghadap-Mu. Terimalah beliau di sisi-Mu dan tempatkanlah beliau di Syurga-Mu ya Allah. Ampunilah segala khilaf dan salahnya. amin ya mujibassaailin......

    BalasHapus
  2. Semoga Allah menempatkan Beliau ditempat yang mulia.

    BalasHapus
  3. Kami di Malaysia juga turut bersedih atas pemergian allahyarhamah Hajah Nurasiah Jamil. Lagu - lagu nasyid beliau memang sudah sebati dengan rakyat Malaysia sekitar 70an dan 80an dulu. Semoga beliau di tempatkan di Al-Jannah.. Al-Quran dan Panggilan Haji merupakan lagu evergreen beliau sering diputar ketika Tilawatul Quran dan Musim Haji di kaca tv mahupun radio. Al-Fatihah untuk beliau..

    BalasHapus
  4. Semoga Allah melapangkan kuburnya dan menghamparkan taman dari pada taman syurga. Amiin

    BalasHapus
  5. Semoga da'wah beliau lewat senandung nasyid menjadi bekal bagi kehidupannya dialam barzah sana, amiin. lagu2 nya sangat sy sukai sejak masih kecil

    BalasHapus
  6. Ya Allah Lapangkan dan TerangkanLah Kubur nya....

    BalasHapus
  7. Semoga Allah swt senantiasa menerangi alam kubur beliau dengan sinaran kasih-Nya... aamiin...

    BalasHapus
  8. Alhamdulillah saya sempat diajar beliau saat belajar di ibtidaiyah milik beliau 82-86, Allahummaghfirlaha...:(

    BalasHapus

Terimakasih atas kunjungan Anda dan semoga lagu yang kami posting di sini dapat membawa manfaat khususnya dalam meniti hidup dan kehidupan yang semakin tidak menentu sekarang ini... !

 
.....:: “DRA. HJ. NUR ASIAH DJAMIL TELAH MENINGGALKAN DUNIA FANA INI. MARI SAMA-SAMA KITA BERDO'A KEPADA ALLAH SWT SEMOGA ALMARHUMAH DITEMPATKAN DI SYURGA-NYA, AMIN YA RABBAL 'ALAMIN :: ...........